Peranan Akhbar Sebelum Kemerdekaan

Akhbar memainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Di Tanah Melayu fungsi awalnya hanyalah melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat. Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan seperti contoh munculnya akhbar Utusan Melayu, Majlis, dan Warta Negara. Penerbit dan peneraju bagi akhbar-akhbar melayu ini adalah dari kalangan orang melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin luas, meliputi peristiwa-peristiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah orang Melayu, pendidikan dan politik. Hal ini menunjukkan peranan akhbar Melayu pada masa tersebut semakin besar dan semakin penting dalam membentuk proses komunikasi yang lebih berkesan dalam masyarakat Melayu. Meskipun akhbar melayu melalui saat getir untuk menyampaikan ideologi, mereka berjaya memaksa British untuk memansuhkan Malayan Union yang dianggap kejayaan terbesar risalah-risalah melayu ini. Kewujudan satu gabungan parti-parti melayu iaitu UMNO juga dilihat sebagai pencapaian akhbar melayu ketika itu. Tokoh seperti Ahmad Boestamam dan Dato’ Onn Jaafar perlu disanjung tinggi kerana mereka berjaya mendefinisikan perjuangan mereka sehingga lahirnya sebuah negara yang merdeka tanpa pentadbiran daripada warga asing dan kekal aman sehingga kini.

1 comment:

inn rizzny said...

err..apekah ini sume???
lam kelas pon da xlarat nak telan..
apatah lagi entry ko ni..haha