Entry #100: Ini Bukan Cerita Seram

Pejam celik pejam celik dah sampai entry yang ke seratus rupanya. Tak sangka aku masih bertahan.

RAMAI yang perasan blog aku sudah lama tak update, tapi RAMAI juga yang tak perasan. Untuk yang perasan to aku berterima kasih, aku sayang korang. *cium peluk cium peluk (yang boleh je). Aku sebenarnya bersebab sudah lama tak update blog ni.

Yela, kalau korang kat tempat aku pon kau akan runsing. Entry yang ke seratus mestilah special sikit. Apa yang aku nak cerita, nak tulis, nak gambarkan, nak kongsikan. Semuanya mestilah yang ke seratus.

Dunia blog ni special bagi seseorang. Bagi aku pula blog ni macam warung mamak, lepak dengan kawan-kawan order teh tarik satu dan kau mula bercerita sambil yang lain mendengar dan menyampuk. Bukan semua kawan yang nak dengar kita bercerita, tetapi mereka yang mendengar cerita kita to semuanya kawan. Kawan yang akan mendengar setiap patah kau bercerita itu, bak kata mat saleh "Truly Friends".

Dunia blog aku ni suam-suam kuku je kata orang. Tak hebat mana pon tulisannya. Aku lebih suka untuk menyampaikan cerita dengan berkesan daripada membuatkan orang gelak. Sebab aku bukan pelawak di internet. Tapi tak bermakna aku serius sepanjang masa, ikut situasi dan perasaan.

Bahkan, aku menganggap dunia blog penuh dengan perasaan dan hati. Penuh dengan emosi suka, emosi duka, dan emosional. Ada yang suka, ada yang tak suka. Itu normal. Tapi bagi aku, penulisan yang penuh dengan perasaan adalah suatu seni yang agung! Penulisan yang hanya mampu dicipta sekerdil bilangan di dunia.

Aku tahu apa-apa yang aku tulis dan kau semua pun tahu apa yang korang tulis. Terpulang bagaimana untuk kau semua menghargai penulisan aku. Penulisan aku sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, aku tak mampu membuat orang gelak tawa sakan. Setiap orang ada cara penulisan yang berbeza. Kawan sahaja yang memahami apa-apa yang kau tulis, kau cerita, kau gambarkan dan yang kau kongsikan.

Entry yang ke seratus ini khas untuk kawan-kawan yang sentiasa mendengar dan membaca. Aku sayang korang. *cium peluk cium peluk XD

Nyatakan Ujian Engkau Di Bulan Ramadhan

Aku jalan di bazar Ramadhan untuk kali ke-2 semasa hari Jumaat lepas. Hari to aku pakai baju melayu lengkap.

Nampak seperti lelaki melayu tulen. OK. Puji-puji nanti riak pulak. Yang tak bestnya bila pakai smart-smart macam ni masa nak pergi Bazar Ramadhan. Sudahlah penat berjalan pulang dari kolej, terus singgah bazar. Jauh perjalanan kolej to ke tempat tinggal aku adalah dalam 15 minit berjalan. Itu ujian pertama.

Ujian kedua-Terpaksa bersesak-sesak dalam bazar yang aku rasakan seperti ada konsert Jomheboh. Memang aku tak suka pergi tempat yang ada manusia-manusia berpeluh yang sedang berhimpit-himpit. Tapi hari itu aku terpaksa. Mari kita saksikan!
Credit to Cik Megipama


Ujian ketiga - Cabaran memilih makanan. Ramadhan kali ini aku rasakan seperti tiada selera untuk turun ke bazar. Macam-macam pengalaman kawan telah aku dengar. Air masin! Tertukar gula dengan garam ke? Kuih basi! Nak kaut untung lebih tak payahlah nak simpan makanan lebih pasto jual balik esok hari. Sebab itulah aku mengambil masa hampir 2 jam untuk mencari makanan yang sesuai. Dan aku memilih jalan paling selamat, aku beli Nasi Beriani (ke briyani?) dan air jus buah original punya (blender kat situ jugak). Tapi yang terbaik harus memerlukan pengorbanan yang besar, RM11 aku habiskan untuk itu je! Gilalah..

Ujian keempat - Inilah masalah kalau kita tinggal tinggi-tinggi. Nak kena nak lif pulak. Itu bukan ujian. Ujian hanya datang bila salah satu daripada 2 lif to rosak. Memang tunggu lama gilalah. Berhimpit-himpit lagi. Bau pon macam-macam. Dalam lif to aku sentiasa berdoa tiada orang kentut sebelum aku sampai tingkat 24. Aku juga berdoa semoga aku tak kentut berbunyi. Matilah aku nanti, jatuh saham!

Ujian terakhir - Sebelum waktu berbuka aku macam biasa pasang lagu raya yang gembira sikit. Lepas azan dilaungkan, dengan gelojoh aku perhabis aku punya Beriani dan jus mangga. Tapi on the way aku makan to, tiba-tiba aku terdengar nyanyian Mamat (Exist) lagu Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Walaupun ini lagu raya dan kita masih berpuasa, bergenang air mata aku. Bermula Ramadhan sehingga sekarang aku masih belum sempat untuk berbuka dan bersahur dengan keluarga. Mungkin aku nampak gembira di wajah, mungkin mata aku dapat menipu, tapi jauh di sudut hati aku ingin berbuka bersama keluarga. Buka facebook dan lihat status kawan-kawan. Alahai gembiranya mereka tapi aku di sini jauh daripada ibu ayah. Alahai rindunya aku asam pedas ikan pari dan air bandung soda selasih.

Tapi rindu aku terubat seketika. Selepas berbuka, panggilan sayang daripada ibu aku buatkan aku menangis dalam diam. "Sayang angah buka apa tadi?" tanya ibuku. "Beli Nasi Beriani kat bazar tadi. Abah mana?" balasku. "Abah sudah pergi surau. Abah kirim salam." Ketika itu aku pasti mereka merindui aku :'(